SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, terletak di Jalan Mawar 45, Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor. Sekolah ini dibuka pada 6 Januari 1997. Sekolah ini pernah ditadbirkan oleh beberapa orang Guru Besar iaitu En. Abd. Hamid B. Idris ( 1 Januari 1997 hingga 3 Januari 1999 ), En. Anuar B. Ahmad ( 4 Januari 1999 hingga 31 Mac 2001 ), En. Nasron B. Osman ( 1 April 2001 hingga 30 Jun 2003 ) dan Tuan Hj. Musa B. Mastor bermula dari 1 Julai 2003 sehingga 31 Disember 2008. Pentadbiran sekolah kini diketuai oleh En. Kamaruddin b. Abu Hassan selaku Guru Besar, Pn. Mardiana Bt. Sajadi sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Zarina bt. Abdul Karim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal id, Pn. Jamilah bt. Abd. Aziz Guru Penolong Kanan KoKurikulum dan Pn. Hjh. Siti Salamah bt. Sanusi selaku Penyelia Petang. Berdasarkan pelan induk pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 terdiri daripada tiga blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan Blok C, kantin serta padang. Bilangan kelas ketika sekolah baru dibuka ialah 18 kelas. Namun pada 5 Januari 1998, bilangan kelas meningkat sebanyak 21 kelas. Pada tahun 2006 kelas prasekolah telah dibuka di sekolah ini, dan diarahkan membuka satu lagi kelas prasekolah bagi menampung murid seramai 50 orang pada tahun 2007.Kini pada tahun 2008 bilangan kelas yang diwujudkan di sekolah ini ialah sebanyak 43 buah kelas, iaitu 21 kelas bagi sesi pagi dan 22 buah kelas bagi sesi petang. Bilangan kelas yang berbeza-beza ini adalah untuk menampung jumlah bilangan murid yang belajar di sekolah ini. Bermula dengan bilangan murid seramai 653 orang pada tahun 1997, perangkaannya terus meningkat. Pada tahun 2009 sekolah ini telah menerima seramai 1890 orang murid. Murid-murid ini datang daripada sepuluh buah penempatan berhampiran yang diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah iaitu penduduk dari sekitar Taman Mawar, Taman Bukit Dahlia, Kampung Pasir Putih, TNB Masai, Kampung Pasir Gudang Baru, Balai Polis Pasir Gudang, Balai Bomba Pasir Gudang, Taman Cendana, Taman Scientex dan Taman Kota Masai. |