Jalan Mawar 45, Taman Mawar
Johor Bahru, Johor
81700 Malaysia.
Tel: 07-2532889
Search: 
SK Pasir Gudang 4

GURU BESAR


 

 

LATAR BELAKANG  

Merupakan guru yang berkaliber dalam memimpin dan membangunkan potensi guru dan murid dalam setiap sekolah yang pernah menjadi naungannya semasa menjadi guru besar sehinggalah menjadi guru besar DG 44 di atas kejayaan yang dicapai olehnya

 
   

EN.KAMARUDDIN BIN ABU HASSAN

 

 

 

UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum W.B.T.


Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada guru-guru ICT SKPG4 dan bantuan daripada edunet di atas kejayaan menghasilkan sebuah laman web untuk dilawati oleh warga sekolah.

 
Kita seharusnya merasa bangga dengan wujudnya laman web ini selaras dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat. Warga sekolah ini telah membuktikan bahawa kami tidak mahu ditinggalkan dalam arus teknologi maklumat dan komunikasi.


Peluang yang disediakan digunakan untuk membawa warga sekolah ini menikmati kemudahan mendapat maklumat melalui internet. Segala maklumat dan aktiviti sekolah akan dimasukkan ke dalam laman web ini. Oleh yang demikian maklumat yang disampaikan dapat diperolehi dengan cepat dan tepat.


Adalah diharapkan warga sekolah ini dapat memanfaatkan teknologi ini untuk mendapat maklumat yang diperlukan mengenai sekolah ini. Laman web ini juga membuka ruang kepada pengunjung untuk memberi cadangan yang boleh meningkatkan kemajuan dan kejayaan sekolah.


Selamat menyambut tahun 2010 Semoga Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 Johor Bahru terus "Cemerlang Gemilang Dan Terbilang "

Sekian terima kasih.
 

“ SEKOLAHKU KEBANGGAANKU “

KAMARUDDIN BIN ABU HASSAN
Guru Besar
SK Pasir Gudang 4

 
 

 

 

SENARAI BEKAS GURU BESAR SKPG4

1. EN ABD HAMID BIN IDRIS ( 01.01.97 - 03.01.1999)

2. EN ANUAR BIN AHMAD (04.01.1999 - 31.03.2001)

3. EN NASRON BIN OSMAN (01.07.2001 - 30.06.2003)

4. TN HJ MUSA BIN MASTOR (01.07.2003 - 31.12.2008)



Created by Edunet.com.my & SK Pasir Gudang 4
Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4
Jalan Mawar 45, Taman Mawar Johor Bahru
Johor, 81700 Malaysia.